SPBT SMK Mahsuri Langkawi
Make your own free website on Tripod.com
- Laman Web Ini Sesuai Dengan Paparan 1024 x 768 Perisian Mozilla Firefox -

. : KELAYAKAN : .

 
 
 

DASAR KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1.Murid-murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM2,000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
2.Murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM1,000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
3.Murid-murid yang ibu bapa atau penjaga yang sah atau salah seorang daripada mereka yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah layak untuk menerima bantuan pinjaman buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan seperti dalam jadual di bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks.

PENDAPATAN IBU BAPA ATAU PENJAGA KELAYAKAN MENDAPAT PINJAMAN BUKU TEKS

i)RM700.00 dan ke bawah
Semua anak yang bersekolah layak diberi pinjaman buku teks.
ii)RM701.00 hingga RM800.00
Perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.
iii)RM801.00 hingga RM900.00
Perbelanjaan membeli buku teks bagi dua orang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.
iv)RM901.00 hingga RM1,000.00
Perbelanjaan membeli buku teks bagi tiga orang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.
Bagi (ii), (iii) dan (iv), Kementerian Pendidikan akan memberi pinjaman buku teks kepada anak-anak di darjah atau tingkatan yang lebih tinggi. Ibu bapa atau penjaga hendaklah menanggung perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang atau dua orang atau tiga orang di darjah atau tingkatan yang terendah.

 
 

SPBT SMK Mahsuri
Sek. Men. Keb. Mahsuri
Jalan Ayer Hangat
07000 LANGKAWI, KEDAH
Tel: 604-966 6245 Faks: 604-966 6245
E-mel : spbtsmkm@gmail.com

.: Webmaster :.

Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 - asmie

PENAFIAN:
SPBT SMK Mahsuri tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.