SPBT SMK Mahsuri Langkawi
- Laman Web Ini Sesuai Dengan Paparan 1024 x 768 Perisian Mozilla Firefox -

. : E-KARYA : .

 
 
 

Create your own at BlingyBlob.com
 

Tanam pokok harus dibaja,
Supaya cantik hasil buahnya,
Buku pinjaman harus dijaga,
Kerana ia bukan milik kita.

Takkan lari gunung dikejar,
Takkan tumbuh kalau tak melata,
Tanpa buku tak sempurna belajar,
Hargailah buku SPBT kita.

Pahit rasanya buah pegaga,
Walaupun pahit banyak khasiatnya,
Buku SPBT harus dijaga,
Ia sumbangan ikhlas Kerajaan Malaysia.

Pemimpin agung jadi sanjungan,
Sifat mulia contoh tauladan,
Buku percuma diberi Kerajaan,
Pelengkap pembelajaran pemangkin kejayaan.

Masak gulai pucuk paku,
Gulai dimasak untuk tetamu,
Balutlah ia dengan pembalut buku,
Buku SPBT buku gedung ilmu.
 
Buku SPBT sumbangan Kerajaan,
Pelengkap pembelajaran kita sekalian,
Pelajar Sekolah Mahsuri pelajar berwawasan,
SMK Mahsuri sekolah premier, sekolah harapan

Nukilan : Muhamad Faris Muhamad Danial

 
 
SLOGAN SPBT

“Saya amat menyayangi buku teks kerana setiap pinjaman bertambah rujukan, setiap pembacaan bertambah pengetahuan dan setiap peperiksaan bertambah keyakinan.”

Oleh : Nor Syuwariyah Mohamed (Johan mencipta Slogan SPBT berteraskan ICT)

“Saya amat menyayangi  buku teks kerana ia merupakan sumber rujukan yang dipinjamkan oleh kerajaan kepada saya untuk belajar di sekolah.”

Oleh : Ahmad Syuwari Mohamed (naib Johan mencipta Slogan SPBT berteraskan ICT)

“ Saya amat menyayangi buku teks kerana ia memberikan input yang berguna kepada saya dengan fakta yang tepat dan sahih  serta gambar-gambar yang menarik. Selain itu muka depan buku teks yang diterbitkan amat menarik minat pelajar untuk mendekatinya. Buku teks factual, kontekstual, unggul dan mantap.”

Oleh: Muhammad Akmal bin Ali

“ Saya amat menyayangi buku teks kerana ianya telah memberi banyak panduan dan maklumat. Melalui pembacaannya, dapat melahirkan generasi muda yang dinamik, produktif, berketrampilan dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara.”

Oleh : Farah binti Rahim

“ Saya amat menyayangi buku teks kerana ia adalah sumber ilmu hidup saya.”

S : Sentiasa menyayangi buku teks
P : Panduan untuk kita belajar
B : Boleh belajar dengan senang
T : Tentu kita Berjaya

Oleh : Muhammad Hafiz Hariz bin Hashim

 

SPBT SMK Mahsuri
Sek. Men. Keb. Mahsuri
Jalan Ayer Hangat
07000 LANGKAWI, KEDAH
Tel: 604-966 6245 Faks: 604-966 6245
E-mel : spbtsmkm@gmail.com

.: Webmaster :.

Hakcipta Terpelihara © 2006-2007 - asmie

PENAFIAN:
SPBT SMK Mahsuri tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.